Wednesday, December 9, 2009

Bulan Disember 2009

Bulan nie menunjukkan kekerapan aku pulang ke kampung halaman ku iaitu di Johor...
Bulan nie juga menunjukkan statistik hari bekerja yg sedikit iaitu minggu pertama Dis bekerja 6 hari seminggu, minggu ke 2, 3 hari seminggu, minggu ke 3, 4 hari seminggu, minggu ke 4, 5 hari seminggu, dan minggu ke 5, 4 hari seminggu.
Jadi, keseluruhan untuk bulan ini OT(overtime) aku sedikit berkurangan juga di sebabkan aku kerap cuti bukan bercuti.

Bulan ini juga menjadi titik tolak dan titik permulaan bagi rakan2 aku yang telah mengubah dan bakal mengubah status mereka daripada 'Cik" kepada 'Puan' (mostly kawan aku pompuan yer, laki2 leh kira ngn jari..).

Bulan nie juga merupakan bulan untuk menyemak semula sama ada azam yang di pasang pd tahun lepas terlaksana atau tidak...
uuuu...banyknya kne semak...
banyak juga la kne buat...
banyakkkkkk....

hailaaa...dapat ke settlekn semua tu...

sambung merepek esk yer...
jari dh letih nk menaip...
hehehe...

Blog Sesawang Ku....

Last post September 2009...

Fuhh...lame gak tu...

aku xde post pape dlm blog sendiri...
(pada hal banyk jer pkra yg brlaku spjg 3 bln kblkgan neh)...

sonang cite kepale, minda n otak aku tepu utk meluahkan kata2 dan menaip ayat2 utk di masukkan dlm blog sendiri...

TAPI.....

la ni dh ade idea utk menyemakkan blog sesawang sndri...

tunggu aku ade feel ek bru leh semakkan blog sendiri wlau pun aku tahu xde org yg hengen nk membacanya...hahaha...

Chow dlu...

jap lg ade auditer nk meng'audit' bilik sejuk beku ini...

sekian...

jumpa tahun depan kot...heehee...

daaa...

Friday, September 4, 2009

Jari yang gatal.

Salam

wohooo...lama sungguh aku tak update blog aku sendiri neh. asyik baca entry kt blog orang lain,

sdgkan blog sendiri dh bersawang, dh berkulat dan segala dh2 yg menunjukkan bahawa tuan

punya blog ini pemalas. hahaha..(mmg pun).

tp hari in, tanggal 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadhan jari aku gatal nk menconteng blog

sndiri. bagus betul...tp ape yang aku nk contengkan ek???

hmmm...kalu org lain dok cerita diari hati, tp aku....ntah ler...

ikut suka hati...wawawaaaa...(nsb baik xde org follow blog aku selain dr adik aku sndri..hahahaaa)...

Nnt ade idea aku conteng blog aku sndri...heheee..
daaa my blog...


Friday, May 8, 2009

Gembira, Sedih & Sayu...

Itulah perasaan aku tatkala ini. Kenapa? Aku gembira sebab sahabat-sahabat aku ketika alam persekolahan akan menamatkan zaman bujang dan zaman solo mereka. Akhirnya mereka telah pun menemui cinta dan pasangan sejati, sehati dan sejiwa mereka. Aku gembira bagi pihak mereka. Dulu masa sekolah, kawan-kawan perempuan aku pernah mengutarakan soalan ini, "siapa agaknya dikalangan kita ini yang akan menamatkan zaman bujang dulu?". Masing-masing menuding jari pada kawan aku yang telah mempunyai pakwe dalam usia 13 tahun. Rupa-rupanya, setelah 11 tahun berlalu, memang betul lah tekaan kawan-kawan aku yg lain. Dia yang akan menamatkan zaman bujangnya lebih awal daripada kami. Baru-baru ini, ada seorang kawan aku (kawan 1 kelas) telahpun menamatkan zaman bujangnya pada usia 24 tahun. Sayangnya, aku tak sempat nak hadiri majlis beliau. Terkilan, tapi, bersyukur kerana dia telah temui jodoh sebenar dia. Aku hanya mampu doakan untuk kebahagiaan dia dan suami. Hari yang sama juga, seorang lagi kawan aku telah mendapat status baru iaitu sebagai tunangan orang. Sedih jugak sebab tak di jemput. Walau bagaimana pun, perkara dah berlalu, semoga hajat untuk bersatu dimakbulkan.

Tapi, dalam masa yang sama aku merasa sedih dah sayu. Perasaan itu hadir bersama kegembiraan kepada mereka. Mereka bakal menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing. Tetapi aku, masih lagi berseorangan awalaupun aku masih lagi mempunyai keluarga dan sahabat. Sedih, apabila umurku menginjak 25 tahun, masih lagi solo. Kawan lelaki ramai, tetapi masing-masing telah berpunya. Pernah hati ini menghulur salam kepada seseorang. Walau salam ku bersambut, rupa-rupanya salam itu adalah salam pengkhianatan. Salam yang mengkhianati hati dan perasaan aku. Beberapa tahun telah berlalu, hati ini dapat di ubati dengan perjalanan masa. Kelukaan lalu, banyak mengajar aku erti hubungan istimewa antara lelaki dan perempuan. Hati sekeras batu rupanya akan cair jua. Tembok keegoan yang aku bina selama beberapa tahun runtuh jua akhirnya. Melihatkan kebahagiaan yang dikecapi oleh kawan-kawan aku yang telah mempunyai pasangan, membuatkan aku berfikir hidup ini memang bulat. Tidak akan lama seorang insan itu berada di kedudukan paling atas. Membina tembok atau mengeraskan hati bukanlah satu penyelesaian yang muktamad. Hati akan lebih sakit dengan adanya tembok sebabnya, hati tidak suka di kongkong dengan perasaan dendam. Hati hanya perlukan kasih sayang dah perhatian serta keikhlasan. Wahai akal, bantulah hati ku. Bimbinglah hatiku kearah jalan keikhlasan dan ketenangan. Wahai akal dan hati, janganlah dikumpulkan perasaan sedih dan sayu berlama-lama dalam hati. Bantulah hati hilangkan sedih dan sayu, dan gantikanlah dengan kegembiraan dan keikhlasan sepanjang kehidupan ini. Wujudkanlah juga dalam hati dengan sifat dan sikap sentiasa bersyukur dengan kurniaan Pencipta. Janganlah ada rasa bongkak dan bangga diri dalam hati. Aku tak mampu lagi untuk menyimpan sedih dan sayu dalam diri. Sedih dan sayu, akan aku keluarkan kalian apabila sampai masanya nanti. Hati, akan aku pujuk hati ini dengan mengatakan, mungkin belum tiba masanya lagi. Bersabarlah. Akan tiba saat itu nanti.

Friday, April 24, 2009

PESTA BUKU 2009/April/19


Gambar kt atas tu, adalah antara buku yang telah aku borong di Book Fair baru2 nie. Fuh, sungguh x ku sangka, lebih dr 6 buah buku yang telah aku beli. Sebenarnya aku dh listkan beberapa tajuk novel yang akan aku beli. Kalu ikutkan dalam list tu ade 14 judul buku. Tetapi, memandangkan kekurangan budget, terpaksa la aku memilih novel mengikut keutamaan. Sesungguhnya, akan ku beli lagi novel di pesta buku,hahaha...
Memang ramai la umat manusia yang datang ke pesta buku di PWTC. Sebesar-besar dewan pun boleh penuh dengan manusia. Begitulah tarikan pesta buku setiap tahun. Jumlah yang hadir menunjukkan betapa rakyat Malaysia semakin galak membaca. Tak kira la pelbagai genre bahan bacaan. Sungguh, penduduk Malaysia telah berubah habit@tabiat kepada suka membaca.
Sesungguhnya Membaca Budaya Kita bukan hanya untuk orang Jepun yang kita sedia maklum mereka membaca di mana sahaja.
Esok, kalu ada masa dan kelapangan lepas kerja, akan ku jejak lagi ke PWTC mencari bahan bacaan lagi. Ada jodoh boleh la ku berjumpa dengan penulis kesukaan ku iaitu Ramlee Awang Murshid.

Tuesday, April 21, 2009

Keputusan PTD

Dengan ini di umumkan bahawa aq telah gagal dalam peperiksaan PTD untuk tahun ini.
Sebab paling utama kegagalan aku adalah aku tak study bersungguh2. Aku mahu tp aku xda kesungguhan jawab exam tu. Sebab kedua adalah aku kurang rehat untuk hadapi exam tersebut. Maklumlah, gerak dari KL pukul 6.30 ptg, sampai kampung pukul 11.30 mlm. Then pukul 6.30 pagi dah gerak pergi pusat exam kt JB. Memang xdapat rest. Pagi ahad dah kena balik KL semula. Memang betul2 travel dari utara ke selatan.
Dalam masa yang sama aku dapat kutip pengalaman menduduki exam PTD neh. Jd dh tau la serba sedikit tentang exam PTD ni.


Friday, February 20, 2009

Balik Kampung....

Ni first time aku post something kt blog aku...Dh seminggu create blog tp xtau apa yg nk aku msukkan dlm ni...Tgk la nnt, kalu ada perkara yg nk di masukkan dlm blog nie, aku masukkan la.

Petang ni aku dipanggil pulang ke kampung oleh mama aku. Sebabnya, esok aku ada exam PTD. Dh la aku x study pape lg neh. Agaknya dalam bus baru leh study sikit kot. itu pun kalu aku x tido la dalam bus nnt. Dah la tiket bus x beli lagi. Memang betol2 kamekazi aku ni. Harap2 perjalanan aku pulang ke kampung berjalan lancar. Tak da kesesakan lalulintas kt Tol Sg. Besi n sepanjang highway Seremban tu. Kalu sesak jugak, mmg sampai Larkin lambat la.