Friday, April 24, 2009

PESTA BUKU 2009/April/19


Gambar kt atas tu, adalah antara buku yang telah aku borong di Book Fair baru2 nie. Fuh, sungguh x ku sangka, lebih dr 6 buah buku yang telah aku beli. Sebenarnya aku dh listkan beberapa tajuk novel yang akan aku beli. Kalu ikutkan dalam list tu ade 14 judul buku. Tetapi, memandangkan kekurangan budget, terpaksa la aku memilih novel mengikut keutamaan. Sesungguhnya, akan ku beli lagi novel di pesta buku,hahaha...
Memang ramai la umat manusia yang datang ke pesta buku di PWTC. Sebesar-besar dewan pun boleh penuh dengan manusia. Begitulah tarikan pesta buku setiap tahun. Jumlah yang hadir menunjukkan betapa rakyat Malaysia semakin galak membaca. Tak kira la pelbagai genre bahan bacaan. Sungguh, penduduk Malaysia telah berubah habit@tabiat kepada suka membaca.
Sesungguhnya Membaca Budaya Kita bukan hanya untuk orang Jepun yang kita sedia maklum mereka membaca di mana sahaja.
Esok, kalu ada masa dan kelapangan lepas kerja, akan ku jejak lagi ke PWTC mencari bahan bacaan lagi. Ada jodoh boleh la ku berjumpa dengan penulis kesukaan ku iaitu Ramlee Awang Murshid.

No comments:

Post a Comment