Friday, May 8, 2009

Gembira, Sedih & Sayu...

Itulah perasaan aku tatkala ini. Kenapa? Aku gembira sebab sahabat-sahabat aku ketika alam persekolahan akan menamatkan zaman bujang dan zaman solo mereka. Akhirnya mereka telah pun menemui cinta dan pasangan sejati, sehati dan sejiwa mereka. Aku gembira bagi pihak mereka. Dulu masa sekolah, kawan-kawan perempuan aku pernah mengutarakan soalan ini, "siapa agaknya dikalangan kita ini yang akan menamatkan zaman bujang dulu?". Masing-masing menuding jari pada kawan aku yang telah mempunyai pakwe dalam usia 13 tahun. Rupa-rupanya, setelah 11 tahun berlalu, memang betul lah tekaan kawan-kawan aku yg lain. Dia yang akan menamatkan zaman bujangnya lebih awal daripada kami. Baru-baru ini, ada seorang kawan aku (kawan 1 kelas) telahpun menamatkan zaman bujangnya pada usia 24 tahun. Sayangnya, aku tak sempat nak hadiri majlis beliau. Terkilan, tapi, bersyukur kerana dia telah temui jodoh sebenar dia. Aku hanya mampu doakan untuk kebahagiaan dia dan suami. Hari yang sama juga, seorang lagi kawan aku telah mendapat status baru iaitu sebagai tunangan orang. Sedih jugak sebab tak di jemput. Walau bagaimana pun, perkara dah berlalu, semoga hajat untuk bersatu dimakbulkan.

Tapi, dalam masa yang sama aku merasa sedih dah sayu. Perasaan itu hadir bersama kegembiraan kepada mereka. Mereka bakal menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing. Tetapi aku, masih lagi berseorangan awalaupun aku masih lagi mempunyai keluarga dan sahabat. Sedih, apabila umurku menginjak 25 tahun, masih lagi solo. Kawan lelaki ramai, tetapi masing-masing telah berpunya. Pernah hati ini menghulur salam kepada seseorang. Walau salam ku bersambut, rupa-rupanya salam itu adalah salam pengkhianatan. Salam yang mengkhianati hati dan perasaan aku. Beberapa tahun telah berlalu, hati ini dapat di ubati dengan perjalanan masa. Kelukaan lalu, banyak mengajar aku erti hubungan istimewa antara lelaki dan perempuan. Hati sekeras batu rupanya akan cair jua. Tembok keegoan yang aku bina selama beberapa tahun runtuh jua akhirnya. Melihatkan kebahagiaan yang dikecapi oleh kawan-kawan aku yang telah mempunyai pasangan, membuatkan aku berfikir hidup ini memang bulat. Tidak akan lama seorang insan itu berada di kedudukan paling atas. Membina tembok atau mengeraskan hati bukanlah satu penyelesaian yang muktamad. Hati akan lebih sakit dengan adanya tembok sebabnya, hati tidak suka di kongkong dengan perasaan dendam. Hati hanya perlukan kasih sayang dah perhatian serta keikhlasan. Wahai akal, bantulah hati ku. Bimbinglah hatiku kearah jalan keikhlasan dan ketenangan. Wahai akal dan hati, janganlah dikumpulkan perasaan sedih dan sayu berlama-lama dalam hati. Bantulah hati hilangkan sedih dan sayu, dan gantikanlah dengan kegembiraan dan keikhlasan sepanjang kehidupan ini. Wujudkanlah juga dalam hati dengan sifat dan sikap sentiasa bersyukur dengan kurniaan Pencipta. Janganlah ada rasa bongkak dan bangga diri dalam hati. Aku tak mampu lagi untuk menyimpan sedih dan sayu dalam diri. Sedih dan sayu, akan aku keluarkan kalian apabila sampai masanya nanti. Hati, akan aku pujuk hati ini dengan mengatakan, mungkin belum tiba masanya lagi. Bersabarlah. Akan tiba saat itu nanti.

No comments:

Post a Comment